CARA NAK PARKING MOTOR DI STADIUM JDT

Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri JB @2026


Khamis malam Jumaat, 25 Disember 2025.
Part II.

Petang tadi aku dah panggil beberapa tukang wayar. Untuk periksa dan baiki lampu dan kipas kat rumah sewaku itu. Ramai bilang tak sempat sbb arini cuti umum - Krismas. Cuma sorang abang wayarman sanggup datang dgn pembantunya. Sbb dalam profil kat FB dia sedia perkhidmatan 24 jam.


Sepetang juga abang wayarman check satu persatu wayar yg rosak. Sebenarnye wayar tak rosak pun, cuma lampu2 yg rosak. Kendian kitorg ke kedai elektrik cari mentol (mr DIY), kipas (Darson) dan lampu bulat (kedai hardware depan rumah).

Bila dah siap, abang wayarman pun buat kira2 upah. Tapi abang wayarman takde QR pay. Dimintanya cash. Pastu sepoh hinggit pun takde utk byr baki. Nasib baik aku ada bawa cash juta2. 

Penyewa yg baru nk masuk 1 January. Tinggal besen dan paip air dalam tandas bilik tgh kena baiki lagi sbb bocor.

Pas senja aku mahu ke Aeon Bukit Indah. Ikut jalan tikus. Tiba2 muncul stadium JDT depan mata. Tengah bz amek gmbr stadium, tiba2 ada mamat motor dgn awek dia tanya, "en.me, mana nk parking motor?"

Mula2 nk tgk wayang Avatar tp kemalaman pula. Jadi tonton cerita Duyung sudah.

Alahai.

Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri JB @2026

Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri JB @2026

Nusa Perdana Serviced Apartment Taman Nusa Perintis Gelang Patah for rent @2026


Post a Comment

0 Comments