![]() |
| Hentian Sebelah RnR Plaza Tol Sungai Besi @2026 |
Ahad, 28 Disember 2025.
Kelmarin aku dh pesan tiket atas online - easybook.com. Bas Starmart first time. Selalunya naik bas LA Holidays atau E-Mutiara.
Bas patut berangkat jam 10pm dari terminal bas kompleks pusat bandar PG.
Anak lanang yg tua yg hntr, jam 9.30pm dh smpi kt terminal.
Bila tnye cikkak kaunter easybook. com bas msh kat Batu Pahat. Ehh td aku pas hntr anak lanang yg bongsu kt kolej dari Tangkak amek masa 5 jam.
Kol 11 aku tnye lg kaunter, mamat tu ksi no bas lain pulak. Skrg bas tu ada di simpang renggam.
Ehh, tjumpa jugak dgn rakan2 sekerja lama di MMHE - bro RIK dan LID. Mereka mahu balik ke KL. Dan bas dorg dtg lewat juga, tapi taklah selewat bas aku. Aduhai.
Jam 1am msh tersidai. Dah risau amat sgt.
Jam 2am baru bas smpi. Barulah terasa lega.
Bas stop kat TUTA. Tukar bas yg mula2 tadi.
Jam 6.30am stop kt hentian plaza tol Sg Besi. Kemudian bas singgah di TBS. Kena sidai 2jam. Jam 8.30am drebar tu soh semua tukar bas kecuali Manjung, aku dgn sorg cikkak ni.
Kena sidai juga kt sini. Sempat aku dn cikkak sarapan kt kantin tu. Jam 9.15am baru bas gantian smpi. Nasibbaik ada 3 seat kosong.
Tapi benda yg aku paling frust ialah bas Starmart ni takde USB Charger. Aiyahh. "Bas lama bang," kata drebar mamat tu awal2 bila aku tanya. Bas gantian yg pertama (TUTA) pun sama. Tapi bas yg aku kena tukar di TBS itu charger pakai power plug. Nasib baik aku bawak power plug utk USB charger. Tapi masalahnya problem. Sebab charger tu ada kat bawah tempat duduk btol2 kt kaki, ntah camane tersandung jugak kaki jadi patah.
Silap aku jugak tak bawak powerbank. Sebab selama ni semua bas ada usb charger. Nasib tak baik aku dapat bas tua, uzur dan pra menopause.
Jadi kesimpulannya - this is my first and last naik bas Starmart Ekspres.
Alahai.
![]() | |
|
![]() |
| While waiting the bus for 4 hours, there is a Karnival Pencak Silat @2026 |



0 Comments