Malam Jumaat, 22 Januari 2026. Part II.
“Ipar adalah maut” sebagai petikan Hadis Nabi merupakan satu peringatan, manakala Ipar Adalah Maut (2024, Netflix) arahan Hanung Bramantyo ialah gambaran bagaimana peringatan itu boleh menjadi kenyataan. Filem ini memperlihatkan bagaimana kehadiran ipar boleh menjadi pencetus kehancuran rumah tangga, bukan secara literal, tetapi sebagai punca runtuhnya sebuah rumahtangga. Diceritakan dari sudut pandangan seorang kakak yang akhirnya menjadi ‘mangsa’ kepada adiknya sendiri yang tinggal serumah, filem yang diambil daripada kisah benar ini cuba menyampaikan naratif tentang kejatuhan dan kesedaran.
Kisah bermula dengan Nisa sebagai narator yang berkongsi pengalaman rumah tangganya. Pada awalnya, dia ragu-ragu untuk menerima adiknya, Rani, tinggal bersama keluarganya. Namun dengan sokongan suaminya, Aris, seorang pensyarah sosiologi keluarga yang berimej soleh dan keagamaan, keputusan itu dibuat tanpa menyangka akibatnya. Tinggal serumah membuka ruang kepada kejadian-kejadian kecil yang pada mulanya tampak tidak berdosa, sebelum berkembang menjadi hubungan janggal yang akhirnya membawa kepada kecurigaan, pendedahan, dan kesan mendalam terhadap keluarga mereka.
Nota me. Cerita yg penuh emosi dan realistik. Aku dapat habiskan tontonan dengan kental.
Alahai.
![]() |
| aku mahu, mas |



0 Comments