PERISTIWA BERDARAH RAJA SALOR

 

 




Rabu, 27 Mei 2026. Part 3.

Petang tadi aku pi jalan2 belakang kampung hingga ke makam Raja Salor. Alone matcham biasa.

Kali pertama ke SINI (2024).

Sejarah me.  Peristiwa itu berpunca daripada satu temasya perlagaan kerbau yang dihadiri oleh putera Sultan Muhammad II dari Kota Bharu, iaitu Long Sulung, bersama-sama dengan hulubalang-hulubalang dan pengiring-pengiringnya.

Rombongan diraja itu berangkat mengikut sungai dan kesampaian mereka telah disambut dengan begitu meriah oleh keluarga Raja Salor. Di samping itu orang-orang ramai dari seluruh negeri juga berpusu-pusu datang untuk melihat temasya tersebut.

Ketika perlagaan kerbau sedang rancak berlangsung entah bagaimana mata keris putera raja Salor terkena pada badan Long Sulung yang duduk di sebelahnya.

Menurut ceritanya, Long Sulung tidak pun luka apa lagi berdarah, ia hanya sekadar tergoris kulit sedikit sahaja, kerana itu tidak membahayakan.

Di samping itu putera Raja Salor itu juga dikatakan kurang siuman, dan suka bermain-main dengan senjata keris.

Rombongan Long Sulung yang merasa tidak puas hati dengan peristiwa itu bila sampai ke Kota Bharu terus memaklum sembah kepada Baginda Sultan Muhammad 11 bahawa anak Raja Salor cuba membunuhnya.

Mendengar cerita itu Sultan Muhammad 11 amat murka, dan tanpa usul periksa mengeluarkan perintah supaya semua keluarga Raja Salor dihukum bunuh kerana dituduh menderhaka kepada Sultan.

Maka dengan perintah itu hulubalang-hulubalang Sultan Muhammad 11 terus datang ke Kg. Salor dan menjalankan perintah tersebut.

Akibatnya semua keluarga Raja Salor, lelaki dan perempuan, termasuk kanak-kanak telah dibunuh. Darah mereka membanjiri seluruh istana dan kawasan sekitarnya.

Alahai.










Post a Comment

0 Comments