![]() |
| A Jumping Spider @2026 |
Sabtu, 8 Ogos 2026.
Pagi tadi aku pi Poliklinik Penawar. Doc, FAE mcm biasa ambil darah. Sebelum tu kene ambil air kencing.
Pasal kencing tak lawas tu doc soh jumpa pakar urologi kt hospital. Pasal sakit lutut pula doc kata takde masalah pada tendon.
Pas dari klinik, aku sarapan nasi dagang ikan tongkol. Banyak pulak kucing kelaparan bawah meja.
Kat umah hinggap tadi sempat aku buat kuiz Pengajian Haji & Umrah. Banyak silap aku menjawab - dapat 70% je walaupun aku ulang 2 kali.
Petang aku nak cari bengkel mengecat kereta berdekatan. mQ nak cat kete maibee biru dia. Bengkel pertama (apek cina) boleh cat dgn harga Rm3800. Bengkel kedua (melayu) penuh dgn kereta tapi boss takde. Bengkel ketiga (cina muda) minta Rm2800, rupanya harga tu kalau cat luar saja.
Petang tadi masa aku makan nasi ayam penyet kat Bukit Dahlia, dikhabarkan cikgu Harun meninggal. Cikgu Harun pernah ajar aku masa kat sekolah rendah. Sekarang ni dia ialah bapa mertua kpd anak buah aku si Karim.
Aku sampai kat tanah perkuburan Kg Sawah kol 5.40pm. Mayat baru je dikebumikan. Alhamdulillah.
Movie me. Kesari (2019).
Alahai.
![]() |
| Tanah perkuburan Kampung Sawah, Pekan Nenas @2026 |


2 Comments
moga cepat sembuh. kencing tak lawas jadi kerap ulang alik tandas dan rasa tak selesa huhu. lutut tu moga cepat sembuh. jangan lupa senam tiap hari utk kuatkan otot agar kurang sikit sakitnya.2022 dulu masa kena sakit lutut turun tangga sampai gigil.huhu
ReplyDeleteinnalillah wainna ilaihi rajiun. ok dh terjwb pertanyaan kos cat myvi...emmm mahal jugak yer kosnya
ReplyDelete