![]() |
| Jalan Raja Abdullah Kampung Baru KLCC @2026 |
Rabu, 7 Oktober 2026.
Pagi2 tadi aku tunggu anak lanang kat UniKL Kg Baru. Aku nak tukar kad touchngo yg ada problem. Pastu aku pi sarapan kat warung Mak Leha.
Tadi bro Naz bagitau abang dia kena masuk hospital sebab sakit jantung. Abang dia masuk ICU. Abang dia bujang dan belum pernah berkahwin. Abang dia juga yg sekarang jaga emak mereka yg tengah uzur.
Balik kerja tadi aku teringin nak makan burger Sedap kat terminal bas Kajang. Walaupun kena melencong jauh dengan keadaan traffic jam tapi rasanya berbaloi.
Cerita lain. Aku perasan bila solat di surau kat bawah rumah aku ni pak imam lain akan datang. Biasanya hari Selasa malam Rabu untuk solat magrib dan isyak. Pak imam sengau dan sorang lagi pak imam tiba2 tak ada. Memang selepas solat isyak biasa akan ada taqlim (muzakarah ilmu) jemaah tabligh.
Alahai.






0 Comments