Khamis, 12 November 2026.
Pagi tadi aku hiking Bukit Tiz selepas semalam petang aku tak jadi daki.
Pastu aku sarapan lontong Masai.
Tengahari aku gerak ke Gelang Patah. Mula2 sebab nak tengok rumah sewa aku yg bilik air leaking pula. Orang bawah apartment tu dah komplen semalam. Tapi kol 3pm tadi, mamat maintenance tu kata dia boleh tampal guna simen.
Dari Gelang Patah aku gerak ke Pekan Nenas pula. Ada janji dengan bro Men pasal nak cari batu sempadan tanah. Kami lepak dekat sebelah masjid Pekan Nenas. Aku makan juga pertama kali Nasi Cetong, macam nasi kukus je.
Kemudian aku terus balik kampung tengok kebun kejap. Aku cuba cari batu sempadan yg sedia ada. Mula2 aku jumpa satu je batu. Kemudian aku panggil adik aku cari, dan jumpa sstu lagi tapi untuk geran dia. Nampaknya aku kena panggil bro Men untuk cari batu sempadan cara yg betul.
Movie me.
Jarhead (2005)
Alahai.









0 Comments