Sabtu, 14 November 2026.
Pagi tadi pas subuh aku terus gerak ke Larkin. Masuk ke departure hall bayar Rm2.
MASUK PULAU: LARKIN SENTRAL KE BUGIS
6.30am. Naik bas Singapore Johore Express (SJE) bayar Rm5 sorang.
Melepasi dua CIQ dan tiba di Woodlands dalam kol 7.30am.
8.05am tiba kat Terminal bas Queen Street (Bugis).
PART 1: THE JEWEL AT CHANGI AIRPORT
Dari terminal bas, aku jalan kaki ke stesen MRT Bugis. Bayar tiket MRT pakai credit card - takde masalah. Tujuan pertama adalah ke Changi Airport untuk melawat the Jewel. Tiba di terminal dalam jam 9.00am. Jalan kaki merentasi beberapa jejambat dan tiba di bawah objek tumpahan air yg cantik itu dalam jam 9.15am. Tunggu sehingga tepat jam 10am bila objek itu mula beraksi dengan menumpahkan air dari bumbung.
Jam 11am mula berangkat ke stesen MRT semula untuk ke Bugis dan Masjid Sultan.
Bersambung...
PART 2: MERLION STATUE
Dari Changi Airport aku turun kat Raffles Place guna line yg sama melepasi 2 stesen dari Bugis. Jalan kaki dan sampai kat Merlion Statue jam 12pm yg memang padat dengan pelancong. Tak sampai setengah jam kat sini.
Kemudian jalan kaki balik ke stesen Raffles Place untuk ke stesen Bugis (Masjid Sultan).
Bersambung ...
PART 3: RESTORAN ZAM ZAM INFRONT OF MASJID SULTAN
Jam 12.20pm dah sampai Restoran Zam Zam depan Masjid Sultan. Makan nasi neriani ayam dan martabak daging.
Masa nak bayar ada drama kat sini sebab kad kredit.aku mula2 aku swap tapi declined. Tapi resit keluar cuma dia tak tunjuk. Aku kata kena pakai pin, so mamak kaunter tu cucuk je dan keluar resit. Aku amek resit tu dan kuar terus ke masjid. Dalam masjid tu aku jadi curiga pasal resit yg mula2 dia kata reject tu tak bagi kat aku.
Lepas solat.tadi aku balik ke restoran dan try mintak resit yg mula2 tu. Mamak tu mula2 sporting layan aku cari. Tapi naik angin juga sebab aku mendesak. Aku pun cool down dan lepak kat luar kedai yg sibuk. Akhirnya jumpa juga resit, baru aku lega. Kes selesai.
Bersambung ...
PART 4: CABLE CAR SENTOSA LINE
Kol 2.40pm aku gerak naik tren MRT Bugis ke Chinatown dan tukar ke Harbourfront. Kat stesen Harbourfront aku ikut tanda arahan ke Cable Car sahaja. Jalan kaki agak jauh dan naik naik lif tingat 15 yg kemudian kata salah stesen. Ini adalah Mount Faber Line, bukan Sentosa Line! Buang masa dekat setengah jam disitu. Di kaunter tiket dibawah, barulah kerani tu bagitahu, "wak kena masuk Sentosa island naik monorel kat Vivo City mall, kemudian baru naik cable car dalam pulau sahaja,"
Kat Vivo city nak masuk pun kena bayar. Malangnya kad kredit aku takleh dipakai, kena beli tiket di kaunter - SGD4 tapi boleh pakai kad kredit yg sama tadi.
Naik monorel jam 3.40pm sampai ke stesen Imbiah, kemudian turun kebawah dan dari stesen cable car tak jauh dari situ. Ingatkan pendek sangat cable car line ni, tapi bolehlah tahan dengan harga murah -SGD17. Tapi best lagi kalau naik Mount Faber line atas laut tu.
Bersambung ...
PART 5: GARDEN BY THE BAYS
4.45pm aku dah sampai kat Vivo City mall dari Pulau Sentosa turun dari monorel tadi. Kemudian aku naik semula tren MRT dari Harbourfront ke Chinatown dan tukar tren ke Bayfront.
5.27pm aku dah lepak2 kat bawah Marina Bay Sands yg ada tiga tower dan sampan kat atas bumbungnya sampai kol 6.30pm.
Pukul 6.32pm baru gerak ke Garden by the Bays. Agak jauh juga berjalan kaki ke sono. Kol 7.05 baru sampai bawah pokok tiruan itu. Rupanya sudah ramai orang tunggu disitu sebab nak tunggu live show kol 8pm.
Pukul 7.45pm maka bermula live show - pertunjukan cahaya lampu pada pokok2 tiruan itu. Tapi tak kena dengan jiwa aku. Membosankan.
Pukul 8pm, aku dah gerak jalan kaki ke stesen MRT Bayfront terpusing2 juga lalu jalan jauh. Naik tren dan turun kat stesen Bugis. Jalan kaki ke terminal bas Queen Street. Terpaksa beratur panjang untuk naik bas Causeway Link (CWL).
Dipendekkan cerita sampai kat Larkin Sentral kol 10.30pm. Makan mihun soto.
Sampai kat rumah Masai jam 11.30pm. Alhamdulillah.





















0 Comments