LAWATAN SANTAI KE PULAU SINGAPURA 2026



Isnin, 16 November 2026.

Ini adalah hari kedua aku masuk ke Temasek. Jumaat kelmarin aku masuk satu hari juga melawat 5 tempat pelancongan. Balik hari yg sama juga.

Pagi tadi aku sarapan lontong Masai matcham biasa. 

Kemudian aku gerak ke Larkin Sentral. Tiba kat terminal jam 9.30am.

Naik bas SJE (Singapore Johor Express) kol 10, tapi bas gerak kol 15 minit kemudian.

Tiba di terminal bas Queen Street kol 11.30am. Aku gerak jalan kaki ke stesen MRT Bugis. Aku turun di stesen Harbourfront dan terus ke bangunan Mount Faber. Beli tiket cable car untuk ke Sentosa, tambah 2 dollar untuk naik Sentosa line macam semalam.

Jam 12.15pm dah naik cable car Mount Faber line ke pulau Sentosa.  Kemudian aku naik Sentosa Line sekejap 1 stesen (Imbiah). Patah balik ke stesen Sentosa. Terus aku beli tiket naik Skyride Luge (2 rides).

Jam 1pm jugalah aku naik Luge ride menuruni curam. Dapat naik skyrides dengan gokart dua kali.

Jam 2.30pm dah gerak naik MRT dari Harbourfront ke Bugis. Kemudian menapak ke terminal bas Queen Street pada jam 3.30pm.

Tiba di Larkin Sentral jam 4.15pm dan azan asar berkumandang.

Aku ingat mula2 nak amek barang tertinggal kat kedai makan Kopi Tenggek Tanjung Piai. Tapi aku tak jadi amek petang ni sebab keadaan traffic jam dengan hujan lebat anjing dan kucing.

Alahai.









Post a Comment

0 Comments