Selasa, 10 November 2026.
Pagi tadi aku ingat nak makan nasi lemak Atas Bukit kat Kampung Pasir Putih. Yakinnya aku pandu cik maibee kuning bumblebee ke sono. Rupanya tutup! Kedai makan dibuka waktu malam sahaja. Yo wes lah.
Kemudian aku terus ke Kompleks Pusat Bandar. Jumpa pentadbir pesuruhjaya sumpah. Masalah permohonan pindahmilik tanah atas talian yg ditolak sehingga 3 kali. Selepas berbincang aku kemaskini Surat Perjanjian dan kerani letak dalam talian. Tengahari tadi juga setem diluluskan.
Tapi urusan duti setem belum selesai lagi. Aku harus upload Surat Perjanjian yg sudah bersetem dalam portal LHDN.
Dalam kol 12 aku balik kampung. Sepatutnya janji dgn abg AZY pasal tanah yg dia nak jual. Tapi dia sibuk pula dan masih kat JB.
Aku tak lama kat kebun tadi.
Pastu aku ke Kampung Parit Jambi Darat. Nak tengok abang sepupu aku sebab dah lama tak berjumpa. Rumah dia pun aku lupa kat tiang TNB nombor berapa. Terpaksa tanya pakcik bawak Wira Hijau. Yg buat aku terperanjat, bila pakcik Wira Hijau tu kata Wak Buang dah meninggal. Jadi aku jumpa isteri wak Buang yg uzur.
Kemudian aku ke pekan Rengit, jumpa kakanda Yah. Dia tinggal dengan laki dia.
Malam tadi aku singgah kat masjid Pekan Nenas. Lepas solat aku jumpa bro Uan yg pernah kerja kat Gelang Patah setahun yg lepas. Kami lepak kat kedai mamak je. Bro Uan cerita pasal dia kena pecat 24 jam 3 bulan lepas aku resign tuari. Yg buat aku terperanjat juga, dia kata bro Shan dah passed away.
Alahai.



0 Comments