Khamis, 5 November 2026.
Pagi tadi aku sibuk dengan kerja-kerja mengemas rumah. Aku cuci dan bersihkan kipas siling yang dah berhabuk. Kipas berdiri yang patah lehernya itu pun aku cuci sekali.
Kipas siling dalam bilik yang pernah diduduki keluarga anak lanang pun boleh tahan tebal habuknya. Nampaknya dah lama juga tak dibersihkan.
Kemudian, mQ minta tolong hantarkan Cik Bibah Pepel ke bengkel tayar yang terletak di depan rumah. Sebelum ini, dia dah dapat quotation untuk menukar disc rotor dan menggantikan keempat-empat tayar.
Dipendekkan cerita, tauke bengkel kata semua kerja boleh dibuat hari ini juga.
Sambil kereta diperiksa, mamat pomennya pula beritahu yang absorber dah rosak. Bukan absorber sahaja, mounting dan rubber casing pun dah hancur. Aduhai, nampaknya banyak juga benda yang perlu diganti.
Sementara menunggu, aku singgah di kedai mamak untuk makan roti kahwin. Hampir sejam juga aku lepak di situ.
Sebelum kembali ke bengkel, aku sempat singgah kedai membeli buah tembikai dan pisang.
Lepas itu, aku balik ke rumah dengan berjalan kaki sahaja.
2.30 petang
Kerani bengkel telefon dan beritahu yang Cik Bibah Pepel dah siap dibaiki. Jadi, aku datang semula ke bengkel dengan menaiki Cikpuan Jnulekasnova bersama mQ. Maklumlah, mQ yang nak buat pembayaran.
Petang sikit, mQ beritahu yang dia nak belikan kasut baharu untuk anak wedok. Kasut lamanya dah rosak.
Kami pun pergi ke Lotus's. Akhirnya, singgah di kedai Bata untuk mencari dan membeli kasut baharu.
Begitulah rutin hari ini. Pagi sibuk membersihkan kipas, kemudian uruskan kereta yang masuk bengkel. Petang pula keluar membeli kasut anak.
Nampak macam perkara biasa, tetapi kalau dikumpulkan, boleh tahan juga aktiviti sepanjang hari.
Ooh. Malam pula aku pergi semula ke Lotus's sebab nak makan laksa (Rm10.90).
Movie me.
Heist (2001)
2012 (2009)
Alahai.



0 Comments