TANDATANGANI BORANG PINDAH MILIK 14A DI DEPAN PEGAWAI

 


Isnin, 2 November 2026.

Pagi tadi aku ambil Abg Usop di depan rumah anaknya di Megah Ria. Dari situ, aku terus gerak ke Pejabat Tanah Pontian.

Urusan di pejabat tanah berjalan agak lancar sebab semua dokumen dah tersedia. Proses tandatangan Borang 14A di hadapan pegawai pun dipermudahkan.

Cuma ada satu perkara yang agak mencuit hati. Pegawai muda yang menguruskan urusan aku tadi tak tahu tempat lahir aku bila dia baca surat beranak aku, iaitu Kulai Yong. Aku rasa tempat itu sudah bertukar syarikat management sebanyak tiga kali.😄

Sekarang, aku perlu uruskan pula proses penilaian dengan LHDN.

Selesai urusan di pejabat tanah, aku singgah di Arked MARA. Aku dan Abg Usop makan roti canai sahaja sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Dalam perjalanan ke Masai, aku singgah sebentar untuk tengok keadaan kebun dan tanah lot aku.

Perjalanan di Lebuhraya PLUS agak macet. Ada sebuah lori yang pecah tayar sehingga menyebabkan kesesakan yang agak teruk.

Tiba-tiba, anak Abg Usop WhatsApp minta gambar di pejabat tanah tadi. Katanya, dia nak jadikan gambar tersebut sebagai bukti bahawa mereka bercuti kerana urusan tanah ini.

Aiseh! Nasib baik aku ada ambil beberapa keping gambar di depan kaunter tadi. Kalau tak, susah juga nak cari bukti. 😅

Sebelum menghantar Abg Usop ke rumah anaknya, kami singgah makan nasi goreng ayam di Restoran N&Z, Taman Rinting, bersebelahan Mydin.

Cerita lain pula.

Sebenarnya, semalam aku dah berjanji dengan seorang plumber untuk membaiki bilik air rumah penyewa yang tersumbat di Gelang Patah. Kami berjanji nak berjumpa pada pukul 3 petang, tetapi nampaknya dia lewat sedikit.

Aku sebenarnya bercadang nak tunggu dan tengok sendiri dia buat kerja. Tapi entah kenapa, tiba-tiba aku dah tak ada mood pula. Akhirnya, aku buat keputusan untuk balik ke Masai walaupun tadi aku dalam perjalanan ke sana dan sudah tiba di Taman Perling.

Sejam kemudian, plumber itu menelefon dan memaklumkan bahawa masalah bilik air dah selesai. Bukan itu sahaja, floor trap di dapur pun dah dibaiki sebab tersumbat juga.

Jumlah upah yang dikenakan ialah RM150 untuk kerja membaiki bilik air dan RM30 untuk floor trap dapur.

Jumlah keseluruhan RM180.

Okaylah. Yang penting, kedua-dua masalah dah selesai. Tak perlulah aku pening kepala lagi memikirkan hal paip tersumbat di rumah penyewa.

Alahai.



Post a Comment

0 Comments