WHY WOMEN FIND IT HARD TO READ MAPS

 


Sabtu, 7 November 2026.

Pagi tadi aku dah pergi bandar Kulai nak hiking Bukit Gemilang yg ada tasik biru.

Walaupun pertama kali ke sini, macam biasa aku pakai apps Alltrails dengan Relive. Pada mulanya aku guna google maps tapi dia tunjuk trailhead yg salah. 

Kebetulan masa aku sampai kat trailhead yg betul, ada 3 anak wedok pun baru sampai disitu. Aku ikut mereka sahaja dan aku bersangka baik yg mereka pernah kemari. Tapi sampai kat satu simpang kami berpecah dan aku terus ke tepi tasik biru itu.

Hari ini sunyi sepi saja. Tak ramai orang mendaki walaupun hari Sabtu dan esok hari cuti Deepavali.

Masa aku nak naik ke puncak bukit tadi, aku nampaklah tiga anak wedok turun. Tiba2 salah sorang tanya nak ke tasik pula. Jadi, aku beritahu je laluan yg aku pergi tadi.

Turun dari bukit, aku terus ke Lotus's Kulai. Lepak kejap kat medan selera dan makan roti bakar dengan telur setengah masak.

Tengahari aku dapat wasabi dari abg Abu kata nak datang tengok tanah kebun aku tu. Aku pun terus balik tapi dia janji nak jumpa kol 2pm - takut hujan disebelah petang katanya. Kemudian dia tangguh sedikit ke jam 2.30pm. Aku lepak kat surau al-Amin kejap.

Abg Abu datang naik kereta H warna biru dengan bini dia. Aku tak pasti samada ada anak2 dorang dalam kereta ataupun tidak sebab cermin gelap. 

Alahai.










Post a Comment

0 Comments