Ahad, 25 Januari 2026. Part IV.
Dari rumah dato' Lat, aku pusing balik menuju ke bandaraya Ipoh. Singgah skjp kat Lorong Gundik (Concubine Lane).
Amek 2 3 gambiran sudah.
Kali terakhir aku sampai kat sini - 2022.
Lorong Concubine (gundik) / Lorong Panglima
Lorong ini lebih popular dikenali sebagai “Lorong Isteri Kedua / Wanita Simpanan” atau dalam bahasa Cina Yee Lai Hong atau dalam bahasa Inggeris dengan nama The Mistress Lane.
Lorong ini wujud sejak 1908. Pada masa itu, kawasan rumah kedai ini terkenal sebagai pusat penghisap candu, perjudian dan pelacuran yang dimiliki taikun atau jutawan lombong sekitar Ipoh. Lorong-lorong itu kemudiannya dinamakan dengan pelbagai nama seperti Err Nai Xiang (Concubine Lane), Da Nai Xiang (Wife Lane), dan San Nai Xiang (Market Lane). Dipercayai tempat ini menjadi kawasan kediaman gundik-gundik / perempuan simpanan taikun-taikun Cina itu. Kini lorong ini menempatkan pelbagai restoran dan kedai menjual hadiah dan cenderamata.
Alahai.





0 Comments