![]() |
| Bukit Taisho sunrise this morning, Bahau N9 @2026 |
Khamis, 22 Oktober 2026.
Pagi tadi lepas subuh aku daki Bukit Taisho. Pendakian yg mudah, senang dan tidaklah mencabar sangat. Walaupun lutut aku tak terasa sakit, tapi bergetar jugak.
Oleh kerana aku tersalah booking tarikh menginap hotel tadi malam, aku terpaksa stay lagi satu malam di pekan Bahau.
Turun dari bukit Taisho tadi, aku sarapan dulu kat medan selera. Ada satu gerai makan je jual nasi campur - 65 jenis lauk.
Kol 10am aku dah sampai dan tungu adik wedok (adik pompuan) datang dengan laki dia. Urusan sekejap je depan cikpuan Pesuruhjaya Sumpah. Lagipun cuma ada satu kumpulan je berurusan masa aku sampai tadi.
Ooh masa kat pejabat pesuruhjaya sumpah tadi aku lupa nak amek gmbr dgn adik wedok. Terpaksa aku drive ke sekolah cina Mahsan tempat adik wedok aku kerja memasak. Ehh, bukan dia kata nak cuti ke harini?
Tiada yg menarik di sini. Kiara mall pun lengang dan banyak kedai yg tutup.
Kemudian aku ke pusat riadah air terjun Hutan Lipur De Bana Lui Barat. Punyalah jauh air terjun ni menghala ke Bandar Muazam Shah dan melimpasi bandar Sri Jempol. Google maps pun satu hal, tunjuk arah jalan sempit bertar dgn semak samun. Rupanya ada jalan masuk yg sepatutnya lebih sempurna dan mulus. Kuang ajar betullah google maps. Huhu.
Petang aku ke Lotus's Bahau. Tiada yg menarik disini. Aku terus ke restoran OnCKT dan makan meggie kosong telur dadar.
Lepas tu aku lepak sepetang kat taman tasik Bahau.
Alahai.













0 Comments