CHECKING CONTRACTOR WORKS AFTER CLEARING THE LAND



Sabtu, 17 Oktober 2026.

Pagi tadi aku sarapan lontong Masai. Boleh pula cikkak Indon gendut tu tulis harga sarapan aku jadi Rm9. Bukan selalunya Rm8.50 ke. Sejak bila air teh tawar aku naik harga 50 sen?

Pastu aku terus balik kampung tengok tanah kebun yg abg Kobe tu dah bersihkan. Semalam dia sibuk suruh bayar balance duit upah kerja tu kata dah siap. Dia pulak tak boleh datang ke kebun aku pagi ni. Aku tengok ada beberapa tunggul kayu yg dia belum buang. Ada sepokok kayu besar yg masih belum ditebang tepi parit depan. Aku suruh dia datang esok. 

Kemudian aku pergi kebun pusaka yg kat belakang pulak. Aku saja nak check batu sempadan. Nasib baik masih ada batang paip sebagai sempadan. Dan jiran sebelah, anak arwah wak Yono ada sedang buat kerja dalam bengkel dia dengan beberapa pelanggan. Banyak kereta2 dia repair dan overhaul. Sebelum ni dia kerja bawa JCB.

Petang tadi aku ke Taman Dahlia nak cari kedai printing. Dapat juga satu kedai ni kata bole buat, tapi aku kena design dulu. 

Kemudian aku lepak kat kedai kopitiam dalam Kipmart tu. Makan 2 cakoi goreng (70 sen satu).

Alahai. 








Ooh. Pasal SHIM, anak Wak Yono ni, dia dapat rumah percuma melalui bantuan zakat MAINJ (Majlis Agama Islam Negeri Johor). Saiz rumah tu 30 × 24 kaki dan tak boleh diubah suai untuk tempoh enam bulan pertama.

Dia cerita, dia dapat rumah percuma ni ketika anak perempuannya yang sumbing bibir menjalani pembedahan. Masa tu, ada seorang YB Cina daripada MCA Pekan Nenas datang melawat pondok buruknya. Tak lama lepas tu, dia dapat peruntukan rumah daripada Jabatan Agama.

Aku jenguk-jenguk juga rumah tu. Ada tiga bilik tidur, dua bilik air dan dapur. Bolehlah dikatakan agak selesa berbanding pondok buruk yang didudukinya sebelum ni.

Ooh, satu lagi. Aku agak terkejut juga bila SHIM beritahu yang rumah percuma tu dia duduk bersama bini nombor dua. Manakala bini nombor satu pula tinggal di rumah mak dia, iaitu bini Wak Yono, yang terletak di sebelah saja.

Yang buat aku terperanjat ialah bila aku tanya, dia kata dia ada 11 orang anak dan dua orang isteri, walaupun dia tergolong dalam golongan asnaf.

Betullah kata orang, bukan salah ibu mengandung, tapi sebab bapak tak pakai kondom.

Alahai.





Post a Comment

0 Comments