Isnin, 9 Februari 2026.
Pagi tadi aku nk order nasi lemak Maklong kat Itik Mashtar tu. Biasa kalo aku pi sana makan kat situ, harga nasi lemak sambal kerang ialah rm10 sekarang. Rasanya 6 bulan lepas masih rm9, pastu jadi rm9.50. Ehh, bukan aku nk cerita pasal harga (Madani lah sangat) nasi lemak itu.
Tapi aku nak cerita harga nasi lemak sambal kerang lain harga kalo makan kat warung situ dan kalo order pakai apps Grab jadi rm14.62! Punyalah banyak beza (dekat 50%) dan tak termasuk harga delivery rider rm2.70.
Bila aku check online, jawapannya begini:
GrabFood prices are higher than dine-in because restaurants increase menu prices on the app to cover the high commissions (15-30%) charged by the platform. These increased prices, often called "menu inflation," help merchants offset app service fees, marketing costs, and commissions, making the delivered item more expensive than the in-store price.
Pilihan kedua, aku amek Grabcar ke sana sbb cikputih masih dlm bengkel. Tapi tambang Grabcar pun rm6 sehala, kalo 2 hala dah rm12!
Jadi, aku tak jadi order nasi lemak Maklong. Aku jalan keluar dari rumah. Ingt nk lepak makan sarapan kat warung roti canai depan kubur tu, tapi bila aku smpi warung tak bukak pulak. Terpaksa aku beli nasi lemak ahkak tepi longkang depan kubur je. Harga nasi lemak telur mata baru rm3.50.
Alahai.



1 Comments
Saya pun jarang guna foodpanda ke grabfood ke. Guna bila dpt kupon diskaun je haha.
ReplyDeleteItulah harga sebuah kemalasan 🤣