INNALILLAHI WAINNALILLAHI RAJIUN: MOHD SALIM

 

Pusara Mohd Shalim Masrom 11/2/26 

Khamis, 12 Februari 2026.

Aku dapat berita semalam yg abang sulong telah meninggal dunia. Innalillahi wainnalillahi rajiun untuk abang, Mod Shlim bin Salamah. Umur beliau 76 tahun, kerana tahun kelahiran pd tahun 1950.


Pagi tadi selepas sarapan lontong kat Masai, aku terus ke Hospital Kota Tinggi. Anak2 arwah 3 drpd 6 orang sudah ada disitu. Tapi pintu rumah mayat dibuka jam 9am.

Dapatlah aku mandikan mayat arwah dan terus dikafankan. Jam 10 lebih sudah masuk ke van mayat yg sedia menunggu.

Kemudian ambulan milik masjid Felda bawa mayat ke rumah beliau untuk penghormatan terakhir.

Jam 11 lebih baru selamat dikebumikan. Alhamdulillah.

Ini adalah adik beradik yg kedua yg telah kembali ke rahmatullah. Kakak atas aku telah pergi dulu tahun 2017.

Alahai.


Post a Comment

1 Comments

  1. Innalillahi wainnailaihi rojiun. Saya ikut berdukacita ya Wak. Sedihnya, dah dekat ramadhan pula meninggal. Pastilah puasa tak lagi sama bagi keluarga :(

    ReplyDelete