![]() |
| Jalan Pinang KLCC @2026 |
Khamis malam Jumaat, 1 Oktober 2026.
Pagi tadi aku pergi kerja bawak Cikputih. Kali pertama aku parkir kat sebelah bangunan UOA — RM13 sekali masuk.
Pagi tadi Bro Naz tanya kat mana nak cari bank CIMB yang berdekatan. Sebab semalam dia cuba masukkan duit cash kat mesin ATM, tapi tak berjaya. Rupanya mesin ATM tu rosak dan tak boleh tekan nombor 0.
Aku bagitahu dia yang kat KLCC ada bank CIMB.
Pukul 10 tadi, aku dengan Bro Naz pun jalan kaki pergi Suria KLCC — sepelaung je dari opis. 😆 Bro Naz masukkan duit cash berjuta-juta kat mesin CDM CIMB.
Lepas tu kami cari kedai gadget sebab Bro Naz nak beli charger yang support super fast charging. Tapi semua charger yang dia tanya rupanya cuma charger biasa.
Petang sikit aku pergi semula ke KLCC sebab nak tengok pameran kereta F1.
Kamus me.
Ketimbang menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ketimbang ialah kata sendi nama. Ia seerti dengan perkataan daripada atau berbanding dengan. Digunakan untuk membuat perbandingan atau menunjukkan pilihan yang lebih utama antara dua perkara atau situasi. Tetapi bila check dalam internet pula, ketimbang bermaksud kencing, tipu dan sembang - kata MP Rosol Wahid (PN - Hulu Terengganu).
Cerita kebun me.
So pagi tadi abg kontraktor tu dh bgtau pekerja dia dah start bersihkan kebun sekangkang kera aku kat kampung itu.
Movie me.
Ocean's Eleven (2001)
Alahai.
![]() |
| KLCC @2026 |
![]() |
| Bro Naz at CIMB ATM machines, KLCC @2026 |
![]() |
| Around KLCC @2026 |
![]() |
| A Hübner's wasp moth (Amata huebneri), a day-flying species known for mimicking stinging wasps |
![]() |
| A green caterpillar of the Lime Butterfly (Papilio demoleus), also known as the lime swallowtail or lemon butterfly |






0 Comments