URUSAN SERAHAN PERMOHONAN BORANG 14A DI PEJABAT TANAH 2026

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see the clearer Pontian signage.

Isnin, 19 Oktober 2026. 

Aku rancang hari ini ada beberapa perkara yg aku harus selesaikan.

1. Serah borang 14A (Pindah Milik) di Pejabat Tanah Pontian dan dapatkan tarikh menandatangani borang 14A itu di hadapan pegawai. - Done. 

2. Keluarkan wang ASB di cawangan Maybank Pasir Gudang. - Done

3. Bawa adik bongsu perempuan (Jum) ke pejabat pesuruhjaya sumpah untuk tandatangan Surat Akuan serah bahagian tanah pusaka. - Done

4. Ambil banner iklan jual tanah lot dan pacak banner di kebun. - Done

5. Jumpa surveyor Zaaba bincang pasal kebun baru aku nak pecah lot. - Done.

Agak sibuk hari ini. Malam kena naik bas ekspres dari Pasir Gudang ke TBS.

Alahai.






Ooh. Masa aku sibuk pacak banner iklan kat dalam tanah aku tu. Sempat juga aku jumpa abg Kamal, jiran sebelah tanah pusaka arwah bapak aku. Dia pun cadang nak buat tanah lot atas tanah dia dok sekarang ni, tapi nama geran ada nama anak sedara dia, bro MIE. Aku ada tanya kenapa dia buat rumah sewa (2 pintu) tu membelakangkan jalan besar. Dia kata taknak habuk masuk rumah. Lagipun dia ingat kata2 orang tua dia ada fengshui kalo pintu rumah menghadap cahaya matahari terbit. Baru aku teringat arwah bapak dia, wak BAKAR tu pandai cakap cina.

Post a Comment

0 Comments