VISITING IJN FOR THE FIRST TIME

 

Institut Jantung Negara (IJN) Jalan Tun Razak KLCC @2026

Rabu, 14 Oktober 2026.

Pagi tadi bro NAZ bagitahu abang dia yg kena sakit jantung kat Perak tu dah sampai kat IJN. Tapi dia buat check-up je, tak warded.

Bro Naz bawak motor dia, aku ikut pakai helmet bro RIF. Aku sampai dalam bangunan Blok B pun dah ramai orangramai.  Memang abang bro Naz tak warded hari ini.

Setelah hampir sejam tunggu, dan selepas jumpa doktor pakar, abang bro Naz keluar dan boleh balik ke Perak petang ni. Tapi abang bro Naz kena datang lagi 2 minggu sebab dia pernah buat stent jantung.

Ooh. Cerita lain. Masa aku dgn bro Naz lunch sandwich Tuna & Eggs kat kafe IJN tadi, dia ada cerita pasal adik perempuan dia itu. Kejadian beberapa tahun yg lampau. Adik perempuan dah mengandung 7 bulan siap buku pink lagi, tiba2 kandungan hilang. Adik perempuan dia cerita pada malam sebelumnya beliau bermimpi ada orang lelaki berjubah putih cakap dia nak amek dan jaga bayi tersebut. Sampai sekarang adik perempuan dengan suaminya tiada anak. Pelik tapi benar, katanya.

Alahai.





Post a Comment

0 Comments