![]() |
| Mini UTC Keramat KL @2026 |
Khamis, 15 Oktober 2026.
Kol 10 aku dah pi UTC Kampung Datok Keramat tujuan nak pasang tinted kat kereta. Kemudian aku amek Grab ke AU 5.
Tengahari aku dah amek kereta dan balik ke opis.
Kad Touchngo yg aku order pun dah sampai.
Petang lepas solat asar kat surau opis, aku jalan kaki ke Bukit Bintang. Naik MRT terus ke stesen Kajang.
Sempat juga tadi aku singgah beli burger sedap lagi kat Hentian Bas Kajang.
Ooh, cerita lain. Masa kat Kg Keramat tadi aku dapat emel dari Pejabat Tanah Pontian. Ada notis pembayaran permohonan pelepasan sekatan. Kelam kabut juga aku tadi kat opis nak uruskan pembayaran itu. Tapi alhamdulillah, urusan atas talian dengan itanah (Pejabat Tanah Pontian) selesan juga.
Kemudian aku call anak lanang kat JB, nak minta tolong serahkan dokumen Borang 14A ke Pejabat Tanah Pontian. Tapi tak sangka dia kena gi KL pula esok (Jumaat). Nampaknya aku kena amek cuti hari Isnin nanti. Dan tak semena2 aku dah reschedule ticket bas sepatut Ahad malam ke Isnin malam.
Sebenarnya kalau difikir2, aku tak perlu pun cuti hari Isnin ni dan tak perlu reschedule ticket bas. Sebab aku boleh je suruh aDm pergi Jabatan Tanah. Tapi tu lah perangai aku jadi gabrah.
Dan malam tadi, aku call 2 orang adik perempuan aku bodek nak beli bahagian share tanah dorg. Alhamdulillah, dorang pun setuju. Maka tanah 2 ekar tu akan jadi hakmilik aku sorang.
Alahai.
![]() |
| Mini UTC Keramat KL @2026 |
![]() |
| On the tunnel to TRX station @2026 |
![]() |
| At MRT Kajang @2026 |
![]() |
| Bugs at MRT Kajang @2026 |
![]() |
| Biawak at MRT Kajang @2026 |







0 Comments