DARI PASIR MAS KE KEMPAS BARU NAIK KERETAPI 2026



Jumaat, 29 Mei 2026.

Semalam naik keretapi jam 7.57pm dati stesen keretai Pasir Mas. Hujan pun turun tiba2 dengan lebatnya. 

Aktiviti dalam keretapi tidaklah menarik sangat untuk diceritakan. Dari Pasir Mas, ada satu keluarga laki bini dengan anak lelaki kecil umur dalam 8 tahun kot. Duduk di kerusi asing2 sbb dia baru beli semalam. Kesian aku tengok, aku bagi bocil (bocah cilik) tu tempat duduk aku. Aku dok kat tempat dia, tp kat sebelah tingkap. 

Ada mamat cina naik dari Gua Musang. Dia mati2 nak duduk kat tingkap sbb dia dh book kerusi tuh. Aku pun mengalah je.

Dalam perjalanan malam tadi, aku tidur2 ayam je.

Pagi dalam jam 7.00am, aku gi kafeteria. Aku makan nasi goreng + telur mata (Rm10) dgn air teh 0 kosong (Rm2).

Sampai kat stesen Kempas Baru tepat jam 11.15am seperti yg dijadualkan. 15 jam perjalanan.

Masa booking Grab tadi untuk balik ke Masai aku tengok harga Rm50. Padahal jarak taklah jauh sangat. Aku cuba check apps Indrive pulak. Harga jadi Rm21, aku pun terus book. Driver pakcik tu kata 5 minit dia sampai. Aku tak percaya sbb dalam apps kata 11 minit tadi.

Movie me. 
Voces Inocentes (El Salvador, 2004).
Courageous (2011).

Alahai. 




Post a Comment

0 Comments