FARAID SELALU PUNCA PERGADUHAN DALAM KELUARGA

 


Isnin, 14 September 2026.

Tadi malam aku call abg aku kat Felda Tenggaroh 2 tu. Pasal tanah pusaka kat kampung. Aku bagitahu dia supaya dapat selesaikan segera sebab umur kitorang pun dah lanjut. Taknak nanti anak cucu bertikai pasal harta dunia. Akhirnya abg aku setuju nak jual bahagian dia sebab anak sulong dia pun taknak usahakan tanah tu.

Semoga dipermudahkan urusan aku. Aminn ya robbal alamein.

Lepas tu aku call anak lanang (anak lelaki) aku yg sulong untuk uruskan pindah hakmilik tanah. Banyak juga yg nak dia uruskan, ie Pejabat Tanah dan Pesuruhjaya Sumpah.

Pagi tadi juga aku call abang Surveyor yg uruskan tanah aku yg satu lagi. Dah lebih 4 bulan kes aku tu. Dia kata hujung tahun ni boleh selesai urusan kat Majlis. Aku oke kan je. Masih banyak lagi jabatan2 lain yg harus direntasi.

Hari ini aku balik kerja lambat sikit sebab aku kan cuti MC 2 hari minggu lepas.

Ooh. Borak2 tadi dgn bro NAZ. Dia kata ada event kat Lumut - Hari ATM (Angkatan Tentera Malaysia) sempena hari Malaysia 2026. Biasa kat Lumut cuma navy je buat pameran, tapi kali ni Tentera Darat dan Tentera Udara pun join sama. Mesti meriah. Tapi aku dah beli tiket balik Masai weekend nih pulak. Yo wes lah.

Movie me.
The Secret Agent (Brazil, 2025).

Alahai.











Post a Comment

2 Comments

  1. Ya, bab faraid ni boleh buat hubungan keluarga berantakan. Semoga dipermudahkan urusan tanah-tanah Wak ni

    ReplyDelete
  2. urusan kat pej tanah memang takes time utk settle..syukur mine dh settle last year (tu pun lps arwah ayah meninggal 16 tahun!)

    ReplyDelete