Sabtu, 13 Jun 2026.
Pagi tadi aku balik kampung lagi macam biasa. Tujuan utama memang nk potong pokok mati yg besar gedabak. Din pula kerja hari ini.
Mencabar jugak pokok mati yg besar gedabak itu. Masalah utama ialah bila nk start enjin. Berpeluh2 jugak sampai basah ketiak atas dan bawah.
Akhirnya dapat potong pokok besar gedabak. Masa tumbang tadi adalah dahan tersangkut kat kabel TNB, sibbaik tak putus. Dan kebetulan jiran lama, si ZMI datang borak2 sekejap.
Kol 11 aku pi Kg Sawah tengok kebun ada ejen nk jual. Aku memanglah bengang kalo org tak tepati masa. Itu satu. Pastu tak jadi datang bila aku dh smpi. Gps yg dibagi pun tak betul. Bila minta copy geran, ejen awek tu kata ada kat dalam henfon satu lagi yg tertinggal. Petang nnti baru dia nak kasi.
Pastu aku terus gi rumah pakcik2 aku kat Kg Seri Merlong. KAL sepupu aku ada kat kampung sementara jaga emak dan bapak dia yg kene diabetes sampai potong kaki. Lek SAL tu adik kpd arwah mak aku. Si emak KAL potong kedua2 kaki smpi kat peha, terlantar atas katil. Bapak si KAL pula potong sebelah cuma buku lali. Dan sadisnya sekarang adik pompuan si KAL pun kena kencing manis jugak, potong kaki sampai pakai kerusi roda elektrik. Dapatlah aku jumpa dorang tadi. Pastu si KAL bawak aku tengok rumah lot dia kat Kg Parit Ibrahim Majid dan lot kedai dia.
Petang tu aku singgah lagi kat kebun aku. Cuba potong pokok kat belakang, tapi frust sebab mesin chainsaw tu buat hal. Aku start banyak kali pun tak mahu hidup. Sampai Din yg baru balik dari kerja datang tadi tolong startkan chainsaw dan tebang pokok sikit.
Malam aku pi Lotus's dengan anak lanang beli air pepsi dan coke macam biasa. Air bergas ni antara penyebab kencing manis jugak. Tapi sapalah tak sayang anak kann. Ada kann.
Movie me.
The Natural (1984).
Alahai.









0 Comments