BUAH CEMPEDAK DI TEPI LONGKANG

 

On Jalan Pinang KLCC @2026

Rabu, 8 Julai 2026.

Petang tadi aku teringin nak beli buah cempedak untuk digoreng. Singgah kat Kampung Teras Jernang. Biasanya memang nampak ada warung tepi sungai yg jual buah2an tempatan termasuk keladi, ubi, sengkong, keledek dan cempedak. 

Warung pertama tidak ada cempedak, tapi pakcik tu kata esok petang baru ada penghantaran baru cempedak, durian dll. Yo wes lah.

Kemudian singgah di warung kedua memang ada buah cempedak. Sekilo lapan hinggit, jadi bila ditimbang tadi jadi lima belas hinggit.

Malam pula aku pi opis kat Cyberjaya. Jumpa bro NAZ kat sana. Tujuan kami nak amek monitor untuk dijadikan monitor ketiga nnti di pejabat di Jalan Pinang.

Ooh. Sempat juga tadi belah buah cempedak untuk digoreng esok nak bawa ke pejabat. Bila dikira ada 60 ulas tak termasuk yg busuk berulat. Kalau dikira, seulas harga 25 sen, jadi penjual mendapat untung Rm1.75 seulas. Inilah dunia kapitalis.

Kamus me. Dalam bahasa Inggris, cempedak tetap disebut chempedak atau cempedak. Buah tropis yang berkerabat dekat dengan nangka (jackfruit) ini juga dikenal dengan nama ilmiah Artocarpus integer atau kadang disebut sebagai small jackfruit (nangka kecil).

Alahai.

Swimming pool in a hotel Jalan Pinang KLCC @2026

Bulatan Pandan @2026

Mr DIY yellow bag @2026

Sunset view at Putrajaya @2026
on the way to Cyberjaya

Greens at MKN Embassy Techzone Cyberjaya @2026

Just a tree at MKN Embassy Techzone @2026

Local cempedak bought at Kg Teras Jernang Bangi @2026


Post a Comment

0 Comments