![]() |
| A Paper Wasp @2026 |
Khamis malam Jumaat, 30 Julai 2026.
Alhamdulillah, gaji aku dah masuk semalam petang. Lega.
Pagi tadi aku bawak cikputih ke opis. Dan aku memang nak parking kat depan kubur P. Ramlee. Bila tengok harga parkir sekarang dah jadi Rm12 per entry.
Lepas parkir tadi aku beli sarapan bungkus kat makcik dan pakcik bawah pokok besar itu. Aku order meehoon dgn kerang rendang dan telur goreng - Rm7. Tak termasuk kuih karipap kecik dan ciput harga 50sen. Aku nak lauk sardin tapi takde pulak harini. Dan aku tak tengok sangat gelang lipan makcik tu sekarang makin tebal lagi agaknya. Huhu.
Pastu aku jalan kaki je ke opis kat Jalan Pinang.
Alahai.








0 Comments