Jumaat, 14 Ogos 2026.
Tengahari sudah gerak ke Cameron Highlands. Jem teruk kat Bidor terpaksa keluar toll ke jalan lama dan terus ke Tapah. Hujan lebat juga kat highway plus harap takde tanah runtuh. Nak lalu Simpang Pulai agak jauh kann.
Sampai kat Brinchang sebelum kol 6pm.
Pergi makan kat kedai makan Nik Tomyam. Layanan agak kurang menyelerakan. Set Rm69. Tambah air suam pon Rm2. Siakap 3 rasa pun masak ala kadar. Tomyam putih cair macam sup je. Hmm. Yg aku geram dan pelik mula2 amek order tadi ahkak tembam pelayan tu tak tanya nak siakap masak apa, tomyam apa? Aku rasa kedai tomyam kat Masai lagi top layanannya.
Pastu aku ingat nak pi pasar malam Brinchang. Tapi jem teruk dan susah nak parkir. Terpaksa patah balik ke Brinchang dan terus masuk Centrum mall.
Dari mall aku ingat nak lepak kat taman iCity Tanah Rata. Tapi lampu kat pokok pon nampaknyer tak memberahikan. Terus aku pi Kampung Sedia. Kedai skone Opah tu dah nak tutup sbb dah jam 9pm. Tapi sempat beli kuih skone perisa lemon cheese.
Alahai.








0 Comments