Ahad, 16 Ogos 2026.
Pagi tadi aku dah pi Centrum mall. Sampai kat depan restoran pun dah pukul 9.30am, orang pula mulai ramai. Mula2 memang nak try makan kat restoran Dulang Pagi yg viral tu. Tapi kemudian tukar ke restoran Kopi Kaw Kaw sebelahnya walaupun dah lama beratur. Aku makan mee siam rendang ayam.
Kemudian.aku terus pi taman rama2 (Butterfly Farm). Tak banyak pun rama2. Tapi layan je.
Dari Kea Farm tadi aku terus balik ikut Simpang Pulai. Tapi Google Maps dah bawak aku ikut shortcut lalu kebun2 sayur yg jalannya sempit.
Tak jadi nak singgah kat Green View farm dan Hobbitland yg dah tutup tu.
Nota me. Barang2 yg aku tertinggal dan menyesal tidak membawanya ialah powerbank dan tuala (handuk) mandi. Pengalaman buruk kerana kedua2 hotel tempat aku inap menyediakan handuk yg nipis dan berbau hapak! Ooh, dan juga spender lebih menyebabkan aku terpaksa beli spender kat kedai KK. Boleh je kalau nak cuci baju dan spender kotor kat laundry kann tapi aku malas.
Alahai.











0 Comments