LOOKING FOR A CONTRACTOR TO CLEAR MY LAND LOT

 

Lontong Masai @2026

Sabtu, 19 September 2026.

Pagi tadi aku sarapan lontong kat Masai.

Kemudian aku terus balik kampung. Ada janji dengan abg NAS untuk cuci kebun. Borak2 dalam kebun aku kejap. Kemudian aku minta dia bawak aku tengok kebun yg dia tengah bersihkan kat Kg Sri Gunung Pulai. 

Kemudian aku nak balik semula ke kebun. Tapi sebelum tu aku pusing2 dulu kat kebun2 org lain. Tengok2 juga kalau2 ada oranglen boleh cuci kebun. Ternampak aku ada abg ni tengok usahakan homestay dia. Aku tergerak berhenti sebab aku nampak ada jengkaut (Kobe) tepi rumah homestay tu. Tak sangka juga - buah cempedak dah jadi nangka. Rupanya bro Dol, adik ipar abang aku yg baru meninggal tu. Rancak juga borak2 dgn si Dol nih. Banyak homestay yg dia usahakan, siap dgn swimming pool.

Kemudian aku bawak dia tengok kebun aku tu. Dia kata boleh tolong bersihkan kebun aku dgn harga sedara mara, katanya. Tapi nak tebang pokok besar kena panggil orang lain potong pakai chainsaw.

Alahai.

Lontong Masai @2026

Sesumpah Kuning (an agamid lizard, likely an Oriental garden lizard), Masjid Kg Sri Gunung Pulai @2026

My little kebun for sale @2026



A dragonfly by my little garden @2026


Kedai tomyam Kg Haji Hashim, Jalan Simpang Renggam - Benut @2026

Petang tadi dapat khabar suami kakak aku meninggal. Ini adalah suami kedua kaksom yg meninggal. Al-fatihah utk abg ipar, almarhum Ithnin. Jenazah selamat dikebumikan selepas Isyak.

Tanah Perkuburan Parit Serom @2026


Post a Comment

0 Comments