YES, LED TUBE LIGHTS CAN REPLACE FLUORESCENT TUBES



Selasa, 22 September 2026. 

Pagi tadi sampai TBS dari Masai pukul 3.30 pagi. Aku ingat nak ambil Grab, inDrive atau Bolt. Tapi nampaknya semua sombong nak letak harga mahal. Last-last, satu pun aku tak ambil. Biar padan muka dorang. 😆

Pagi tadi Bro Naz tak datang lagi ke opis. Sebab semalam dia kata lesen sistem dah mati. Dia dah bagitahu IT suruh sambung lagi. Lesen sistem kat laptop aku masih hidup macam biasa.

Tadi Admin Noj check lesen kami. Lesen aku akan mati hujung bulan ni, 28 haribulan-  sempena 3 bulan aku kerja kat sini. So bila Bro Naz datang tadi dan lesen masih belum ada, dia balik semula ke opis Cyberjaya.

Petang tadi balik kerja, hujan turun taklah lebat sangat. Tapi macet traffic jam depan opis Jalan Pinang memang teruk.

Malam aku pergi kedai runcit kat roundabout tu nak beli lampu kalimantang yang lama. Tapi kedai dah kehabisan stok pula.

Abang kat kaunter tu cakap aku boleh pakai lampu LED, tapi kena cabut starter (ballast). Terus aku beli lampu LED tu dan bawa balik.

Dan memang betul apa yang dia cakap. 😄

Alahai.






Post a Comment

1 Comments

  1. Dulu kalau lampu kalimantang padam, kadang arwah Pak tukar ballast ja. Kadang hidup semula, kadang tak hidup. Maka tahulah kena ganti lampu tu, bukan sekadar tukar ballast. Sekian :D

    ReplyDelete