URUSAN DI PEJABAT PESURUHJAYA SUMPAH PASIR GUDANG

 


Isnin, 21 September 2026.

Hari ini aku sibuk dengan urusan pindah milik tanah dan borang kemasukan UniKL anak lanang aku yang itu.

Abang kandung aku, Abg SOF, datang semalam dan bermalam di rumah anak lelakinya di Megah Ria. Sebab hari ini ada urusan untuk berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah.

Pagi tadi aku dah ambil Abg SOF. Aku bawa sekali anak lanang aku sebab dia pun ada banyak borang kemasukan UniKL yang kena ditandatangani.

Aku berhenti sarapan lontong di Warung Zarahman.

Kami sampai di Kompleks Pusat Bandar pun dah pukul 10 pagi. Ramai orang juga di UTC, mungkin sebab hari Isnin. Di pejabat Pesuruhjaya Sumpah pun ramai orang, tetapi disebabkan ada banyak kaunter, urusan taklah mengambil masa terlalu lama.

Cuma, Abg Pesuruhjaya Sumpah tu tak boleh tandatangan semua dokumen sebab pihak UniKL minta tandatangan daripada pegawai kerajaan atau ketua kampung sahaja.

Tapi ketua kampung hanya boleh jumpa pukul 3 petang.

Usai urusan di pejabat Pesuruhjaya Sumpah, aku terus hantar Abg SOF balik ke rumah anak dia.

Tengah hari tadi aku berangkat ke Pejabat Tanah Pontian. Kononnya nak serahkan dokumen-dokumen tadi. Tapi bila diperiksa, rupa-rupanya aku perlu buat permohonan sekatan terlebih dahulu. Permohonan itu akan mengambil masa dua bulan, kata kerani tersebut. Aku juga disuruh masuk ke laman web i-Tanah.

Kemudian, dalam perjalanan balik dari Pontian, aku singgah di rumah sekejap untuk ambil Yaasir sebab kena jumpa Ketua Kampung.

Jumpa Ketua Kampung pun sekejap saja. Dia tandatangan dan yang bestnya, tak kena bayaran. 😄

Lepas tu aku singgah di Taman Rinting dan tapau rojak tauhu di restoran N&Z.

Malam ni bas aku balik ke TBS pukul 10.45 malam. Tapi sebelum tu aku ada Zoom meeting pasal kursus Haji & Umrah.

Ooh, dengan kesibukan ke hulu ke hilir hari ini, aku langsung tak sempat tangkap gambar serangga. 🐜📷

Movie me.
Argo (2012).
War of the Worlds (2005).

Alahai.





Post a Comment

0 Comments