PENDAFTARAN ANAK MASUK UNIVERSITI DI TENGAH BANDARAYA KUALA LUMPUR

 


Sabtu, 3 Oktober 2026.

Yaasir adalah anak ketiga masuk UniKL. Abang dia, aQi, masuk tahun 2017 ke UniKL Alor Gajah Melaka, kemudian transfer ke UniKL Kg Baru. Kakak dia, aBo, masuk UniKL Kg Baru tahun 2020 masa Covid.

Pagi tadi ada juga drama masa nak register anak lanang (anak lelaki) kat UniKL Kg Baru. Pada mulanya seperti dalam surat tawaran dikehendaki hadir pagi ini antara jam 8am hingga jam 11am. Tapi anak lanang tidak perasan ada hataran mesej 2 hari lepas kata zon 2 (johor dan kawasan selatan) ditukar masa ke sebelah petang jam 1.30pm. Aiyahh. Pertukaran masa itu adalah kerana acara perlumbaan lari KL Marathon Standard Chartered yg memungkinkan mengelirukan ibu bapa yg menghantar. Ehh, aku boleh sampai awal kot.

Dipendek cerita, aku selamat menghantar anak lanang bongsu ke asramanya di Jalan Tandok. Sempat juga bawa mereka jalan2 ke Bangsar Village mall.

Aku bergerak pulang ke Masai jam 1pm. Bergilir2 memandu cikmaibee kuning bumblebee dengan mQ. Dan kami selamat tiba di Masai sebelum jam 7pm.

Movie me. Lawrence of Arabia (1962).

Alahai.





UniKL a new student registration @2026.



"Selingkuh," - Bangsar Village mall @2026.


Post a Comment

1 Comments

  1. Uwaaaaah ramah sangaaat pesertanya Wak 😍😍😍. Meriah yaaaa.... Teringin juga bisa ikut acara lari begini 😄

    ReplyDelete