Khamis, 29 Oktober 2026.
Hari ini harijadi anak lanang aQi.
Semalam sibuk mQ sibuk suruh belikan laptop baru untuk anak lanang Yaasir yg baru masuk UniKL itu. Si Yaasir bagi spec laptop yg dia perlukan. Aku tanya pada IT admin untuk sahkan spec laptop itu. Kekanda dia aQi pun dah check dan kata okay. Petang ini aku dah janji dgn si Yaasir nak pergi Lowyat Plaza. Sebelum tu aku dah jalan2 kat Suria KLCC jenguk2 kat lantai IT hardware.
Spec me: 16/32 GB RAM, 512GB/1T Storage, Ryzen 7, Nvidia RTX 4050 6GB GPU, 16in FHD 144HZ refresh Display (monitor).
Pagi tadi dapat wasap pasal tanah lot aku tu. Abg Abu dari JB tanya. Juga beliau tanya tentang payment dan anggaran berapa lama untuk dapat kelulusan Jabatan Tanah.
Wasap kedua harini dari abah Yem. Abah tanya harga, pastu senyap.
Wasap ketiga dari cikpuan Zal. Pun sama - senyap pastu.
Tengahari aku dah jumpa si Yaasir kat Lowyat. Aku tengok beberapa kedai jual laptop - banyak jenis, ie MSI, HP, Acer, Asus dan lain2. Dengan spec yg si Yaasir berikan semalam, aku rasa laptop MSI yg cocok. Aku tak beli lagi tapi aku janji aku akan belikan minggu depan.
Ooh. Pagi tadi boss syarikat klien yg aku kerja ni tiba2 tegur aku dgn bro Naz. Kata dorang perlukan service kitorang untuk habiskan projek. Tapi HR kata besok kena packing laptop dan balik opis Cyberjaya.
Movie me.
The Queen's Gambit (2020, S1 E1, E2, & E3)
Alahai.







0 Comments