Isnin, 2 Februari 2026. 

Hari pertama fenomena laut terbelah Pangkor 2026. Sebenarnya hari kedua aku kat Pulau Pangkor.

Pagi sarapan kat kedai makan Rojak Ketam tapi aku pesan nasi lemak biasa je.  Lepak kat meja menghala ke pantai. Ehh, tiba2 ada mamat nih tanya "dah habis ke," Macamlah takde meja kosong lain. Last2 aku tgk dia pi gerai sblh sbb nk duduk meja view laut jugak., Huhu.

Balik kamar hotel tidur sat - keletihan. 

Kol 9.50 dh gerak ke pantai depan Pulau Giam. Org pun dh ramai. Takyah register apa pun.

Kol 10.30am dh gerak ke pulau Giam merentas laut yg cetek paras betis je. 

Pulang jalan kaki terus ke hotel utk check out jam 12.10pm.

Info link - the Sun

Nota me. Fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor ialah kejadian air surut luar biasa yang menampakkan beting pasir sepanjang meter menghubungkan Pantai Teluk Nipah dengan Pulau Giam. Ia berlaku sekitar awal Februari dan berdekatan Tahun Baru Cina setiap tahun, membolehkan ribuan pengunjung berjalan kaki merentasi laut selama kira-kira satu hingga dua jam.  

Updated. Aku nak minta maap sebab video kat bawah takleh nk main pulak., Huhu.

Alahai.