![]() |
| Senai Airport @2026 |
Isnin, 30 Mac 2026.
Pagi tadi aku ke pejabat jurukur Sof di Tampoi itu - sebelah Kipmart yg baru siap direnovasi. Kelmarin aku dah bincang pasal tanah sekangkang kera dengan staf (bro Asm) di kampung. Hari ini aku kena jumpa boss dia (Zaa) sebab ada beberapa perkara yg musykil.
Selepas itu aku terus pulang tengok kebun di kampung. Belum sempat buat kerja2 di kebun, mQ call kata ada emergency nak balik rumah panjang petang ni jugak.
Mula2 dia kata dah cuba booking tiket Air Asia online, tapi tak boleh pilih seat. Bila aku check kemudian kat website Move Air Asia tu mmg auto-seat, tapi mQ kata takleh nak proceed.
Aku pun terus bergegas ke Senai airport. Mula2 ke kaunter MAS airline, tapi mQ dh pesan taknak transit lama2 kat KLIA. Bayangkan kena tunggu 10 jam kat bandara KLIA!
Jadi aku kena jugak ke kaunter Air Asia yg dh tukar ke tempat check-in pulak. Tiada lagi special kaunter mcm MAS airline tadi. Tapi aku takleh belikan tiket mQ sbb dorg perlukan mykad yg ori. Terpaksalah mQ datang.
Sempat aku solat kat masjid jamek dan kemudian terpaksa parking di luar perkarangan mesjid kalo taknak kena clamp. Kemudian makan lunch kat kedai makan 7 Beradik.
Dipendek cerita mQ pun datang naik Grab dgn segera. Dia berjaya dh dapat beli tiket balik jam 7 malam. Legalah dia walaupun harga tiket 6 kali ganda!
Nota me. Ada beberapa benda yg aku perasan agak pelik. Parking tiket tak sampai 30 minit kanna Rm10! Kaunter Air Asia dah tukar ke dalam check in pulak! Parking kat mesjid jamek Airport takleh lama2 kalo taknak kena clamp!
Doa Nabi Yunus 40 hari, akan berakhir pada 9 Mei 2026. Aminn.
لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Bermaksud: Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim
Alahai.
![]() |
| Masjid Jamek Senai Airport @2026 |
![]() |
| Not my car being clamped inside the masjid compaound @2026 |






0 Comments