Isnin, 18 Mei 2026.
Aku keluar ke medan selera Itik Salai Mashtar waktu tengahari. Makan nasi lemak sambal kerang mak long. Pedas tapi sedap macam biasa. Berpeluh atas bawah. Order nanas dalam cup. Kehausan aku order air teh 0 kosong suam, tapi ahkak kedai air tu berbual dgn kawan dia sampai air teh aku ada gula. Malas nak komplen.
Pas makan tadi aku terus singgah stesen minyak Petronas kat sebelah jalan Rollercoaster itu. Dah set pakai apps Setel tiba2 baru perasan pembuka minyak cikputih ada kat sebelah kanan pula. Sibbaik pakcik jaga pam leh tolong sementara aku pi toilet kjap.
Lupa gara2 dah lama tak bawak cikputih lepas keluar bengkel bulan lepas.
Alahai.




0 Comments