DON'T HAVE TO PAY DOUBLE STAMP DUTY

 


Isnin, 4 April 2026.

Alhamdulillah. Berita melegakan hari ini. Tidak perlu banyak setem duti. Aku cuma perlu bayar Rm10 je duti setem untuk pelepasan pemegang amanah tanah kampung itu kepada nama anak sulung aku. Sebab ada salinan pembayaran setem duti yg aaal masa mula2 pindah milik dari penjual yg asal. Salinan aku dapatkan dari lawyer.

So, pagi tadi aku dah smpi kat bandar Pontian. Mula2 ke pejabat LHDN. Aku tunjukkan resit lama setem duti yg dh byr. Kerani suruh masukkan online dan minta rayuan sbb aku kena bayar full setem duti. Aku bgtau ejen, dan ejen buatkan. 

Aku ingatkan LHDN akan ambil masa, tapi tak lama pastu ejen kata LHDN dah terima rayuan. Cuma kena bayar Rm10 je. Fuhh, lega amat.

Lepas solat zohor kat mesjid jamek bandar Pontian, aku cari kedai hardware. Kebetulan ada penjual buah pulasan tepi sungai. Aku belilah 2 kilo pulasan - Rm10 sekilo (agak mahal bila aku bandingkan kat tempat lain - Rm8). Pastu aku tanya kalau dia tahu kedai hardware berdekatan. Dipendek cerita, aku pun beli ubat racun Roundup 4 liter dan ubat racun alai (untuk anak pokok).

Kemudian aku selesaikan urusan kat pejabat tanah Pontian. Bayar caj pindah milik. Kerani kata boleh amek geran baru 2 minggu lagi.

Kemudian aku patah balik ke kebun.

Alhamdulillah. Harini dipermudahkan urusan di pejabat tanah. Tidak perlu bayar setem duti, cuma sepoh hinggit je. Dan tak payah bayar upah carian geran lama. 

Alahai.








Post a Comment

0 Comments