Sabtu, 9 Mei 2026.
Pagi tadi aku dah pi rumah sewa kat Gelang Patah. Masa aku sampai cuma anak bini je ada kat rumah. Bro Raj (penyewa) baru balik kerja Singapore shift malam. Dia dah sampai kat plaza toll Tuas.
Kerja aku pagi ni nak pasang palang besi langsir kat tingkap. Aku ada bawak driller anak lanang (aDm) - jenama Keelat. Aku cuba hampir setengah jam korek dinding tapi macam tak berkesan.
Aku turun dan pi kedai hardware berdekatan. Nak cari screw untuk concrete. Tapi mamat cina penjual tu soh jumpa maintenance guy kat apartment tu. Sbb dia pun dok kat Block D penah alami masalah yg sama - tak boleh nak drill dinding concrete yg keras.
Dipendek cerita, aku dah jumpa mamat maintenance. Dia kasi aku driller Bosch yg besar gedabak. Memang power.
Pukul 1pm aku tergesa2 juga nak siapkan korek lubang untuk langsir tu. Sbb bro Raj sekeluarga nak keluar nak hntr anak ada aktiviti sukan kat Taman Daya.
Movie me. Man On Fire 2026. Episodes 1 - 7.
The Rainmaker 1997.
Alahai.


0 Comments