SARAPAN LONTONG DARAT KAT WARUNG KOPPI 70

 


Sabtu, 1 Ogos 2026.
Pilihanraya Negeri Sembilan.

Pagi tadi aku lepak kat Warung Koppi 70 Bangi. Walaupun ramai pelanggan, ada meja kosong. Gampang (mudah dan senang) je nak order pakai scan code atas meja. Aku makan lontong darat (Rm8.70) dan teh O kosong (no sugar).

Jam 11am, aku mula start buat kuiz untuk kursus Persijilan Haji & Umrah. Kuiz minggu pertama ada 10 soalan dapat aku habiskan dalam masa 13 minit daripada sejam masa yg diperuntukkan. Alhamdulillah, betul semua. Tak perlu ulang semula.

Tengahari aku bawak cikputih ke Taman Cermin, the Parc Nilai Impuan. Bila nk balik dari taman, tiba2 cikputih takleh start. Aduhai.

Sementara tunggu towing truck sampai aku sempat lepak kat kedai mamak nasi kandar. Sempat juga beli jajan kat mr DIY. Bila aku bandingkan harga potato chips Lay's (170gram) tu rupanya mr DIY lagi murah Rm2. Padahal kedai sebelah menyebelah je.

Alahai.






Post a Comment

0 Comments