Ahad, 2 Ogos 2026.
Tentang tajuk. Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke 16 pada Ahad (1/8/26). Semoga negara akan tetap aman damai sentosa senantiasa dan sejahtera. Aminn.
Beberapa bulan lepas, berlaku pertikaian berkaitan takhta Negeri Sembilan apabila Undang Yang Empat mengumumkan pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar (anak YDPB 10) sebagai YDPB. Namun, Kerajaan Persekutuan menegaskan bahawa pengiktirafan rasminya kekal kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (anak YDPB 9) sehingga sebarang perubahan diputuskan mengikut saluran undang-undang dan Perlembagaan.
Updated. Menteri baru, Datuk Seri Ismail Lasim umum esok cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan.
Ooh. Hari ni aku tak keluar kemana2. Cikputih pun masih dalam bengkel dari semalam. Jadi aku patah kaki nampaknya. Nak makan nasi dagang order je pakai Grabfood.
Petang aku pergi restoran Peshawar Pakistan sebelah kondo aku duduk nih. Aku makan roti naan garlic cheese dengan kari lembu. Air teh O kosong - semua Rm19.50.
Alahai.
![]() |
| An Asian ant mantis (Odontomantis planiceps) @2026 |








0 Comments