Rabu, 16 September 2026.
Cuti umum sempena Hari Malaysia.
Aku rancang nak join event Keretapi Sarong hari ini. Aku pun drive ke stesen MRT Kajang. Sarapan roti kahwin dulu kat kedai mamak Hentian Bas Kajang.
Sampai kat MRT Kajang, dah penuh dgn orgramai berpakaian sarong. Keretapi pun penuh dan bersesak juga.
Turun kat Bukit Bintang. Jalan kaki dari Pavilion mall menyusuri jejatas dan terowong ke KLCC. Dari KLCC jalan kaki ke Saloma dan Matic tapi keadaan di tempat pelancongan itu lengang pula. Terus aku jalan kaki ke stesen lrt Dang Wangi yg tak jauh untuk ke KL Sentral.
Kat dalam stesen KL Sentral pun tiada apa2 aktiviti yg menarik. Bila check kat tiktok, rupanya dorang buat main event kat TRX.
Dari KL Sentral aku taknak buang masa, aku amek Bolt car ke TRX. Masa aku sampai adalah 3 org artis atas pentas tu, termasuk Bell Ngasri. Kemudian aku tak sangka juga biduanita negara, Datuk Siti Nurhaliza (Tokti) tiba2 muncul diatas pentas. Meriah juga suasana walaupun panas bahang keadaan jerebu disitu.
 |
| Keretapi Sarong for Hari Malaysia at MRT Kajang station @2026 |
 |
| Keretapi Sarong for Hari Malaysia at The Exchange TRX KL @2026 |
 |
| Keretapi Sarong for Hari Malaysia at The Exchange TRX KL @2026 |
 |
| Kereta Sarong tajaan Maggi at The Exchange TRX @2026 |
 |
| Keretapi Sarong for Hari Malaysia at The Exchange TRX KL @2026 |
 |
| Keretapi Sarong for Hari Malaysia at The Exchange TRX KL @2026 |
 |
| Dato' Siti Nurhaliza at The Exchange TRX KL @2026 |
 |
| Dato' Siti Nurhaliza at The Exchange TRX KL @2026 |
Kol 1pm aku amek Bolt car sekali lagi ke Taman Rimba Eco kat KL Tower. Masuk taman eco juga.
Dari taman eco aku order Bolt car lagi ke MRT Bukit Bintang. Makan burger ayam dan cendawan je kat sini sebelum naik MRT balik ke Kajang.
Kat rumah tadi, aku cuba nak jumper battery cikputih, tapi boleh start pula. Yo wes lah.
Movie me.
Chinta (1948 youtube) - penampilan sulung S Romai Noor dan P. Ramlee.
Alahai.
 |
| An Aberrant Oakblue (Arhopala abseus or Flos abseus), a small gossamer-winged butterfly (family Lycaenidae). Taman Eko Rimba KL @2026 |
 |
| Taman Eko Rimba Kuala Lumpur @2026 |
 |
| Taman Eko Rimba Kuala Lumpur @2026 |
 |
| A red Ferrari F8 Tributo sports car photographed in Kuala Lumpur near Dataran Merdeka (with the KL Tower and Petronas Twin Towers in the background). |
 |
| A light blue McLaren 600LT coupé with a black roof wrap, carbon fiber side skirts/aerodynamics, custom red aftermarket multi-spoke alloy wheels, and orange brake calipers parked against a Kuala Lumpur backdrop |
1 Comments
MZ tak pernah lagu guna Bolt apps tu..senang dpt keta jugak yer? mcm nak kena download lah kot nanti
ReplyDelete