CIKPUAN HAJJAH NAK BELI TANAH LOT

 


Isnin, 26 Oktober 2026.

Pagi tadi aku dah letak iklan di TikTok. Kali ini aku cuba buat promosi RM12.

Kemudian aku dapat WhatsApp daripada Cik Puan Hajjah A. Banyak juga pertanyaan dia. Dia agak risau sebab pernah kena scam ketika membeli tanah lot sebelum ini.

Dia juga cerita yang ada pembeli yang sudah menunggu lebih empat tahun, tetapi geran masih belum dipecahkan lagi.

Petang tadi pula aku perasan data plan Tune Talk aku sebenarnya dah habis semalam. Dah hampir tiga bulan aku guna plan tersebut, sejak 28 Julai.

Sampai di rumah, aku cuba guna hotspot sekejap guna sedaghe punya. Lepas fikir-fikir, aku pilih Plan Epik +35 untuk tempoh enam bulan sekaligus. Jumlahnya RM195.

Sebelum buat keputusan, aku semak dulu penggunaan data internet untuk dua bulan lepas. Bulan Ogos aku guna sebanyak 123GB, manakala bulan September pula 120GB. Cara check dalam henfon Vivo X200 Pro aku: Settings > SIMs & mobile network > Data management.

Nampaknya memang agak banyak juga penggunaan data aku setiap bulan.


Alahai.



Post a Comment

0 Comments