RUNNING A FACEBOOK BOAST FOR 5 DAYS

 


Selasa, 27 Oktober 2026.

Hari ini aku cuba pula letak iklan Facebook berbayar. RM20 sehari untuk tempoh lima hari.

Pagi tadi aku dapat tiga WhatsApp.

Pertama, En. Zul tanya sama ada aku dah submit Kebenaran Merancang (KM). Dia juga tanya tentang saiz Plot 1 dan Plot 4.

Aku beritahu yang proses KM masih berjalan. Untuk Plot 1 dan Plot 4 pula, kedua-duanya dah sold out. Lepas tu dia senyap.

Kedua, En. Zid tanya harga tanah lot. Bila aku beritahu harganya, dia kata mahal pula.

Yo wes lah. 😄

Ketiga, Cik Puan Wan. Katanya dia baru jadi ejen hartanah. Dia ada client yang berminat dengan tanah dalam kampung tu, tapi client tersebut nak buat loan.

Aku terangkan yang kena tunggu pecah geran dulu. Proses pecah geran mungkin mengambil masa antara dua hingga empat tahun. Nampaknya client dia tak tahu yang proses pecah geran boleh mengambil masa agak lama.

Dalam masa yang sama, aku cuba cari bengkel yang boleh buat signboard untuk dipacak di kebun. Setakat ini dah dapat tiga bengkel. Sekarang tengah bincang tentang harga.

Tengahari ada abg SMun wasap tanya harga dan lokasi tanah. Beliau juga tanya berapa lama siap urusan pecah geran.

Oh, tadi tenant rumah di Gelang Patah pula WhatsApp. Katanya water heater dalam bilik air rosak.

Dia baru beritahu tadi, tapi terus nak aku repair sekarang juga. 😅 Aku terus call Bro Raj dan beritahu yang aku nak datang check hujung minggu ni.

Oh, satu lagi.

Tadi Ms. Spah tanya bila kontrak kerja aku di sini habis. Sambung lagi ke tak, katanya.

Rupanya dia nak balik India bercuti, jadi dia nak tahu sama ada aku masih akan ada di sini atau tidak.

Petang tadi masa kat klinik gigi Avicenna, aku dapat 2 lagi wasap. 

Cikpuan Roh tanya harga dan samada tanah lot itu freehold. Lepas aku kasi maklumat, senyap je cikpuan.

Abg Arab dari Gelang Patah tanya pasal lokasi dan keadaan tanah itu sekarang samada sedang berjalan kerja bersih dan sedang ditambak.

Malam pula kol 9.32pm, abg Joh wasap tanya lokasi tanah aku tu kat mana. Aku balaslah juga walaupun masa tu aku dah keletihan nak tidur.

Movie me. 
Tuner (2025)

Alahai.



Post a Comment

0 Comments