![]() |
| A small brown jumping spider from the family Salticidae, captured in a close-up macro shot while holding a small meal |
Ahad, 30 Ogos 2026. Part 2.
Tengahari aku bawak anaknda Yaasir ke UTC Kompleks Pusat Bandar. Untuk pengesahan pendapatan bapa bagi pinjaman MARA. Tapi semua opis Pesuruhjaya Sumpah tutup pula. Nampaknya aku kena cari pesuruhjaya sumpah kat KL.
Kol 3pm aku hantar anaknda aQi ke terminal bas Masai. Dia nak balik KL.
Malam aku order pizza guna Grabfood. Pastu aku pi stadium Mount Austin (Johor Athletics Stadium). Agak jauh juga. Bila sampai tiada yg menarik sangat, kecuali ada pameran bunyi horn kereta dan kepala lori trak. Bunyi berdentum dentam nak pecah telinga. Ingatkan ada konsert XPDC kol 9pm, tapi cuma DJ mainkan music bising. Bosan kat situ, aku pun balik. Tak larat nak tunggu smpi kol 12 tghmlm.
Aku dah plan nak kuar awal pagi esok nak tengok perarakan kat Dataran JB.
Alahai.











1 Comments
Bukan kaleng² tu pameran bunyi hon dan kepala trak.
ReplyDelete